Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan  lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya  merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan  setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya  yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya  terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak  saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras  rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan  agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk  pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh  keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman  wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai  antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak  sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan  isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah  kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak  dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk  menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak  tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah  wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan  isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya  balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia  menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya  panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada  saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu  tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa  terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis  terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi  rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa  sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya  sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia  ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh  berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan  linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang  berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan  berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan  lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan  bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati  saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar  dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang  tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira  itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha  saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir  lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya  menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia  basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah  yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk  saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah  malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan  mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang  kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan  sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak  tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan  makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan  minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan  kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman  yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan  apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya  kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya  malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami  orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang  menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya…  ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang  telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg  menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya  beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus  kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang  merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah  hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi  dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di  atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan  menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan  abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati  saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan  menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya  menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil  airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan  salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati  abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya  menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa  menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya  suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan  sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat  melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin  hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan  saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya  menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga  saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia  mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri  saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa  dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung  semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya  ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada  isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat  menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya  terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri  saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat  baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama  isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada  meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan  hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak  sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia  harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah  lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang  pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar  cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja  dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin  tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini  panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya  merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat  utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan  bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana  anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan  yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya  banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg  dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca…  tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar  bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu  tu dibawah copyright….tajuknya now and forever…
0 Response to "Kisah Sedih Yang Menjadi Teladan Buat Suami Isteri "
Post a Comment