Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada  seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di  dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih  ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku  letak dalam blog ni. Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak  yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya  kepada seorang ibu! Cerita si anak…..
Ibuku buta sebelah mata! Aku benci  ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk  pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
suatu hari semasa di sekolah rendah,  ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa  dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan  menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari. Keesokan harinya salah  seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!” Ketika  itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari  hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!” Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak  berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana  aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan  perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar  bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke  Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan  mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari ibuku  datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak  pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,  anakku mentertawakannya… Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang  ke sini dan menakutkan anakku!”KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan  pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus  menghilangkan diri. Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan  pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu  isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan  itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.  Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak  menitiskansetitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku  sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi,  Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke  Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan  datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak  dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa  memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. Kamu mungkin tidak tahu….  Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu  mata…….. Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan  satu mata… Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat  berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata  ibumu ini… …Dengan kasihku kepadamu… …IBUMU…
Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya  taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada  ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Wassalam..
http://www.illusi-maya.com/kisah-seorang-ibu.xhtmlWassalam..
Pertamanya, dalam penerangan al-fadhil  ustaz berdasarkan surah Luqman yang telah dibaca oleh student, maksudnya  “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;  ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan  dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan  kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” dimana  disini secara jelas hukum mentaati dan berbakti kepada orang tua iaitu  ibu bapa kita adalah WAJIB, dan dijelaskan lagim oleh ustaz, bahawa  antara dosa-dosa besar adalah mensyirikkan ALLAH, derhaka terhadap ibu  bapa, membunuh orang dan lari dari medan perang. Dan maksud derhaka  disini ialah tidak berbakti dan tak mentaati ibu bapa.
Sebenarnya , dalam Al-Quran itu sendiri  selain daripada surah Luqman itu sendiri, ada banyak lagi ayat dalam  Al-Quran berkaitan dengan kewajipan mentaati ibu bapa, antara lain yang  saya tahu dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud “Dan  Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya  kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah  satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam  pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada  keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan  ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu  terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai  Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku  waktu kecil” . Dan dalam surah An-Nisa’:36 bermaksud ”Dan sembahlah  Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah  kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga  jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah  tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti  kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan  (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi  seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada  kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka  Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak.  Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi  kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian  diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Hukum taat kepada ibu bapa itu wajib,  maka haram untuk kita meninggalkan kewajipan tersebut, maksudnya disini  seorang anak itu wajib mentaati kedua ibu bapa, dan jika tidak  mentaatinya, maka dikira sebagai anak derhaka. Harus diingat  sesungguhnya keredaan ALLAH itu terletak pada keredhaan kedua-dua orang  tua kita.
Bagaimana pula cara berbakti kepada ibu  bapa? Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab.  Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam  pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih  besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan  sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka,  hal itu tidak akan dapat membalas jasanya. Maka cara berbakti kepada  mereka adalah memenuhi hak mereka.
Disini ada satu kisah, ketika Abdullah  bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan  kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin  Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”  Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas  kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Al-fadhil ustaz juga menyebut, daripada  seuah hadis, bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat membalas jasa  orang tua kita, melainkan apabila mereka itu menjadi hamba, dan kita  membeli serta memerdekakan mereka. Seterusnya adalah kita harus jalankan  amanah yang diberikan mereka kepada kita, doakan kesejahteraan mereka  walaupun mereka telah tiada, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka  dan mencukupkan keperluan mereka.
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan  dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa  yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia  menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu  Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai  hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.
0 Response to "Kisah Sedih Seorang Ibu Bermata Satu"
Post a Comment