“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu  bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil  tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu  menyambut deng...an senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah  comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada  dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan
 pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan  si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua  cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih  berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor  bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup  mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu  tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki  alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.  “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak.  Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya  dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di  sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah  diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu  bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata  pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang  sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor  hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi  dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan  lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta  bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap  dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup  seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya  lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.  “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma  telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.  “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma  itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si  anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya  mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun  lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di  sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang  kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping  telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si  ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan  ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling  cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun  kenalannya.” P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal  tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan  dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada  didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya,  berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu  tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”,  penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya  ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.. “Saya Sayang Ibu
0 Response to "Kisah Sedih Seorang Ibu"
Post a Comment